:.Welcome TO.:

Sunday, September 13, 2009

pAnTUn HaRi RAyA AiDiLFiTrI KhAs BuAt tEmAn2




Terdengar takbir Syawal terasa pilu
Abang Long bersalamam penuh ceria
Aku di sini menumpang lalu
Mengucapkan salam lebaran dengan penuh gembira...

Awal Syawal tanda hari kemenangan
Die An saling kunjung - mengunjungi
Tahmid bertakbir bererti ketenangan
Semoga yang tiada tetap disayangi...

Lemah gemalai Pietha menari
Fitri tersenyum ganteng dipandang
Meriah berkumpul di Aidilfitri
Sahabat handai datang bertandang

Nadhirah dan suhaimi mandi di perigi
Sambil mandi menilik diri
Sinar Aidilfitri menjelma lagi
Masing-masing kelihatan penuh berseri

Berhati-hati dijalan raya
Itulah pesan si Syakirah jelita
Sama-sama kita beraya
bermaaf-maafan di hari mulia

Idda Shahwanie..sangatlah mesra
Bersama Aina sering ketawa
Indah gembiranya tidak terkira
bersyukurlah kita nikmat yang dibawa

Ayuni bersolek berseri-seri
selepas bersolek pergi ke pekan
Kami semua menyusun sepuluh jari
salah dan silap harap maafkan

Terima kasih tidak terperi
atas budimu duhai sahabat
Ambil kesempatan ucapan diri
selamat hari raya pada semua kerabat...

No comments:

Post a Comment

:.Search Tab.:


:.Counter.:

:.cute cursor.:

My Melody Crying

:.Background.: